KOs UnTuK KAwen

TQ FOLLOW>> I FOLLOW U BACK

My Weeding Anniversary 31 Ogos 2012

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
I LOVE MY HUSBAND

Selasa, 15 April 2014

Siap Tahu Cara Nak Amik Anak Angkat??

Assalammualaikum...

berikutan dari post semlm hari ni aku nak mencari jawapan plak pada persoalan di atas itu...disebabkan baby tak lama dah nak lahir..jadi aku kena cari lebih lagi maklumat..

maklumat berkenaan apa..

berkaitan mcm mn proses nak amik anak angkat tu..susah ke senang..

SATU

Apa beza amik anak angkat melalui JKM dengan amik anak dari tgn ibu/bapa si anak terus untuk dijadikan anak angkat??

DUA

Salah tak disisi undang-udang lau amik anak angkat tp tak ckp pada JKM??

TIGA

Siapa leh kongsi pengalaman apa step yang perlu untk amik anak angkat ni, dari dia mula lahir pe yang perlu kita buat??

KEEMPAT

Sapa2 tahun tolonglah jawab yer sharing is caring..

P/s: pada sape2 da pengalaman meh lah join sini kita story2 kongsi pengalaman..saya excited sgt dah nie...tak sabar nak timang anak..walau bukan anak kandung tp..sy tetap teruja...seperti sy yang akan melahirkannya..

Barang2 baby pun sy tak membeli lg..sbb tak tau nak mula dari mana..nak beli apa yang perlu..apa yang tidak..InsyAllah nanti weekend baru nak jejalan tgk2 barang baby.. alangkah bahagia nyer rasa keterujaan ini..kalau sebelum nie aku duk ikut akak ofice cari baju anak dia..but now aku pun leh sama2 mencari utk baby...terima kasih Allah..ko turunkan kepada aku perkara yang membahagiakan aku...tak terungkap rasanya..dan sekarang aku tengah menanti 17.4 nie baru nak scan utk tgk jantina baby..jadi nie wat aku lg tak sabar nak tau..tp aku harap he's a boy lah... ^_^



Yang Cute ^_^.
Liyana Alia 

Isnin, 14 April 2014

Kalau Sudah Takdir Pertemukan Kita Syg Akan Ibu Sayangi Kamu Sepenuh Jiwa Ragaku Duhai Anak

Assalammualaikum...

Setelah hampir berbulan lamanya blog ini kutinggalkan gara2 tiada masa..lagi tiada mood untuk bermadah..tp hari ini..hati ini seperti ingin meluahkan..mencoretkan sesuatu untuk dijadikan kenangan..agar memory tentang ini tidak dilupakan...

bermula dengan hanya mengenali nama si ibu...yang punya memory pahit yang pada saat ini sedang menanggung segala rasa hanya untuk melahirkan seorg anak yg mmg tidak di inginkan nyer..kerana anak yg bakal dilahirkan ini hasil dari lelaki durjana yang tiada belas kasihnya terhadap insan bernama wanita..semoga segala perbuatan kejimu itu dibalas seadilnya...

apa kaitanya dia ngan aku....

 saat mendengar berita mengenai si gadis yg baru mengjangkau usia 20 tahun..anak yatim piatu yang teraniaya... hati ini tiba2 hiba,  terpangil utk mengenali siapakah si gadis malang ini..lg membuatkan aku ingin lebih mengambil berat kerana...waktu bersalinya sudah hampir dekat sekali..yang menjadikan aku lagi serius kerana anak yang bakal lahir nanti akan aku ambil menjadi anak angkat...dan aku berjanji akan aku sayangi kamu, jaga kamu sepenuh jiwa ragaku duhai anak..

hari ke hari hati ni kian resah memikirkan si anak yang bakal dilahirkan..walaupun bukan aku yg bakal melahirkan..tp perasaan excited,takut,sedih semua ada...sbb walaupun aku tiada diberi rezeki untuk melalui detik2 untuk melahirkan seorg insan yang bernama anak...tp aku sgt cemas dan rasa tidak sabar untuk melihat anak yang bakal dilahirkan...

Untuk suami tersyg..terima kasih B...segala pengorbanan B..kata2 semangat utk kita sama2 menjaga anak ini..rasa syukur tak terhingga dikurniakan seorg suami yang sangat memahami dan seorg suami yg sangat penyayang...

aku berharap segala nya dipermudahkan oleh Ya Maha Esa...terima kasih Allah....hadiah yang tak ternilai untuk diriku dan suami...InsyAllah aku berjanji akan membentuk insan ini menjadi anak yang soleh solehah..kata2 semangat dari rakan serta kenalangan sgt2 dihargai...AMEEN...

p/s: Bila tiba saatnya nanti aku akan postkan gambar si kecil yang bakal dilahirkan nanti..doakan aku dan suami..semoga dipermudahkan segala urusan..



Yang Cute ^_^.
Liyana Alia 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...