KOs UnTuK KAwen

TQ FOLLOW>> I FOLLOW U BACK

My Weeding Anniversary 31 Ogos 2012

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
I LOVE MY HUSBAND

Isnin, 8 Julai 2013

MARHABAN YA RAMADHAN DATANG LAGI ^_^

Google Search ^_^

Assalammulaikum…

Semoga anda semua sihat2 hendaknyer..

Tingal berapa hari je lg bulan paling mulia lg dinantikan bakal tiba..utk tahun pertamanya aku berpuasa bersama en somi…excited pun da nie..aku harap bulan ramadhan kali nie..lebih banyak amal ibadat yang aku leh lakukan…banyakan berdoa..semoga semuanya berjalan dgn lancar..

kalau ko org nak tahu KEAGUNGAN RAMADHAN banyak fadilat nyer..sebagai perkongsian ilmu meh aku kongsikan seba sedikit yer…

KEAGUNGAN RAMADHAN:

Ø  Bulan yang penuh keberkatan.
Ø  Bulan yang namanya terakam dalam Al-Quran.
Ø  Bulan yang permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan hujungnya adalah pembebasan dari azab api neraka.
Ø  Bulan yang ada di dalamnya solat tarawih dan Lailatul Qadar.
Ø  Bulan yang digandakan pahala bagi setiap amal kebaikan.
Ø  Bulan yang terakam sejarah kemenangan kepada umat islam.
Ø  Bulan yang diwajibkan berpuasa untuk meraih Taqwa.
Ø  Bulan yang syaitan diikat, syurga dihias indah dan ahli kubur direhatkan dari azab kubur.
Ø  Bulan yang dapat merapatkan Ukhwah dan Silaturahim.
Ø  Bulan yang diturunkan Al-Quran sebagai panduan untuk golongan Muttaqin
Ø  Bulan yang diharap setahun penuh itu adalah bulan Ramadhan.

RAMADHAN YANG BERKUALITI:

PUASA:
Ø  Puasa Zahir, pancaindera dan roh.
Ø  Dilaksanakan penuh kesungguhan.
Ø  Menundukkan nafsu berkaitan perut.
Ø  Mangawal nafsu & rangsangan syahwat.
Ø  Semakin aktif & Produktif.
Ø  Menatijahkan Taqwa.

SOLAT TARAWIH:
Ø  Dilakukan bukan sekadar ritual.
Ø  Dilaksanakan penuh kesungguhan.
Ø  Dilaksanakan dengan ikhlas & penghayatan.
Ø  Tidak gopoh-gapah @ sambil lewa.
Ø  Menatijahkan Taqwa.

TADARUS AL-QURAN:
Ø  Dilaksanakan penuh kesungguhan.
Ø  Membaca Al-Quran dengan Tajwid dan disiplin ilmu yang betul.
Ø  Menjaga adab-adab berkaitan Al-Quran.
Ø  Disemak bacaan oleh orang mengetahui
Ø  Bersedia dibetulkan dan ditegur
Ø  Menatijahkan Taqwa.

BERSEDEKAH &MENJAMU IFTAR:
Ø  Dilakukan dengan keikhlasan.
Ø  Elakkan dari riya dan kebanggaan.
Ø  Tidak mengungkit dan menyebut-nyebut.
Ø  Tidak menyakiti hati orang yang diberi sedekah.
Ø  Menyinkir sifat mazmumah dari diri.
Ø  Bersedekah dengan sesuatu yang terbaik.
Ø  Menatijahkan Taqwa.

Jadi dikesempatan ini..dibulan yang mulia Ramadhan..kepada semua yang mengenali diri ini..aku nak mintak Maaf sekiranya da wat salah ye..mintak dihalalkan segalanya..dan semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna buat seleurh umat islam di dunia ini…SELAMAT BERPUASA SEMUA…AMPUN MAAF DARI LIYANA ALIA & MOHAMAD FAUZI ^_^


Yang Cute ^_^.
Liyana Alia 

1 ulasan:

  1. selamat menempuh bulan yang mulia dari seribu bulan, salam Ramadhan Aliya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...